Alhamdulillah, Focus Group Neo Environmental Technology (NET), CeDS UTHM telah berjaya menganjurkan dua siri bengkel khas bagi memperkasakan kemahiran pelajar dalam menyiapkan projek tahun akhir (FYP).
📌 Pada 21 Oktober 2023, telah berlangsung Bengkel Microsoft Excel for FYP. Antara topik utama yang dipelajari ialah Conditional Formatting, penggunaan tanda $ (Absolute Reference), function commands (SUM, MAX, MIN, AVERAGE, COUNTIF, COUNTIFS), serta kaedah plot graf seperti Histogram dan Regression. Kebanyakan peserta mengakui kemahiran ini merupakan ilmu baharu yang sangat membantu mereka dalam analisis data FYP.
📌 Seterusnya, pada 28 Oktober 2023, berlangsung pula Bengkel Microsoft Word for FYP yang memberi fokus kepada formatting penuh untuk penulisan laporan projek. Peserta diberi pendedahan mengenai cara penyusunan dokumen yang sistematik, konsisten, dan kemas agar selaras dengan standard akademik universiti.
Secara keseluruhannya, kedua-dua bengkel ini telah memberi impak positif kepada pelajar dalam meningkatkan kecekapan penggunaan perisian asas yang penting untuk FYP. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Nor Farah Atiqah binti Ahmad selaku ketua program atas kejayaan penganjuran yang teratur dan bermanfaat ini.
Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada semua peserta yang terlibat. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam penulisan dan penyediaan projek akhir mereka.

