Kunjungan ke Nilaimas Sdn. Bhd. Erat Hubungan dan Kerjasama

Pada 10 Oktober 2025, pasukan Neo Environmental Technology (NET), UTHM telah mengadakan lawatan industri ke Nilaimas Sdn. Bhd.. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk melihat potensi kerjasama antara kedua-dua pihak dalam bidang kepakaran masing-masing. Sepanjang lawatan, delegasi NET berpeluang mendengar perkongsian pengalaman dan aktiviti syarikat serta memahami dengan lebih dekat operasi Nilaimas Sdn. Bhd. Pihak NET merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Nilaimas Sdn. Bhd., atas sambutan mesra serta perkongsian ilmu yang amat bermakna. Diharapkan pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kolaborasi strategik antara NET dan Nilaimas Sdn. Bhd. pada masa akan datang.

Share your love