Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menerima pengiktirafan antarabangsa sebagai Tapak Demonstrasi Ekohidrologi UNESCO melalui projek Sustainable Stormwater Management, yang diiktiraf pada 1 Oktober 2024 oleh UNESCO-IHP sebagai sebahagian daripada rangkaian global dalam mempromosikan penyelesaian berasaskan alam semula jadi untuk pengurusan sumber air. Projek ini mengaplikasikan pendekatan Mesra Alam Malaysia (MSMA) dan Integrated Water Resources Management (IWRM) dengan mengoptimumkan kolam tadahan serta sistem saliran sedia ada di kampus bagi mengurangkan risiko banjir, meningkatkan kualiti air, dan memelihara biodiversiti. Kejayaan ini menjadikan UTHM sebagai model integrasi sains ekohidrologi dengan pengurusan sumber air, hasil kerjasama bersama agensi kerajaan, pusat penyelidikan dan institusi akademik, sekali gus memperkukuh peranan Malaysia dalam menyumbang kepada agenda global kelestarian ekosistem dan pemeliharaan sumber air.
Maklumat Lanjut: https://news.uthm.edu.my/ms/2025/03/uthm-diiktiraf-sebagai-tapak-unesco-ecohydrology-demonstration-sites/

