Kejayaan Warga NET di Anugerah Inspirasi CeDS 2024

NET merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sr. Nornajihah yang dinobatkan sebagai Penulis Muda dan Akademik Harapan, serta kepada Dr. Noorul Hudai atas kejayaan menerima anugerah Inovasi dan Penerbitan terbaik. Tidak ketinggalan, tahniah juga kepada Kumpulan Fokus NET yang berjaya meraih Tempat Kedua Kumpulan Fokus Terbaik pada Majlis Anugerah Inspirasi CeDS 2024. Kejayaan ini membuktikan komitmen, dedikasi, dan kecemerlangan warga NET dalam memacu penyelidikan, inovasi, serta kecemerlangan akademik. Semoga pengiktirafan ini terus menjadi pemangkin semangat untuk melahirkan lebih banyak pencapaian gemilang pada masa hadapan.

👉 Untuk maklumat lanjut, boleh layari Berita Majlis Anugerah Inspirasi CeDS 2024.

Share your love