Program OPSENET 1.0 kerjasama Neo Environmental Technology (NET), UTHM, Kolej Felcra Berhad dan Felcra Berhad telah berjaya dilaksanakan pada 23 – 25 Julai 2025 di Perak. Program ini telah menghimpunkan akademia, komuniti dan pihak industri sawit dalam perkongsian ilmu serta latihan praktikal mengenai aplikasi teknologi dron dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi meningkatkan kesiapsiagaan terhadap bencana banjir.
Melalui aktiviti pengumpulan data lapangan, forum sawit, pameran komuniti serta sesi interaktif bersama peserta, OPSENET 1.0 telah membuka ruang kolaborasi strategik dalam pengurusan risiko banjir dan menyokong agenda ESG (Environmental, Social & Governance) iaitu pendekatan kelestarian yang menekankan aspek alam sekitar, tanggungjawab sosial serta tadbir urus yang baik, di samping menyokong peralihan kepada ekonomi karbon rendah.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini!






